- Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
- Didiklah anak di jalan yg dilaluinya, & berjalanlah sekali di sana bersamanya. Dan, apa yg dapat diajarkan oleh ibu bapa kpd anak2nya adalah bagaimana untuk tetap melangkah sekalipun mereka telah tiada.
- Jika ingin membahagiakan ibu anda, berbicaralah dengannya. Jika ingin membahagiakan ayah anda, dengarkanlah dia.
- Walaupun perasaan cinta & kasih sayang merupakan fitrah drpd ALLAH, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak akan diperoleh sbg satu anugerah tanpa diiringi usaha & susah payah.
- Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu-sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dlm perjuangan, menempuh onak & duri penghidupan.
Wednesday, December 23, 2009
Ayat2 Hikmah^^
Posted by F@R!E88 at 7:17 PM 0 comments
RintihanKu...
Astaghfirullah Al-Azim...
Ya Allah Ya Tuhanku...
Hambamu ini telah banyak melakukan dosa2...
Yang kecil, yang besar...
Ya Tuhanku...
Kau ampunilah segala dosa2ku ini...
Aku takut akan dihumban ke dalam neraka-Mu
di hari pembalasan kelak...
Ya Allah...
Kau Tuhan Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang...
Ampunilah aku Ya Allah...
Amin Ya Rabbal-A'lamin...
Posted by F@R!E88 at 7:10 PM 0 comments
'Saat Itu'
SAAT itu akan tiba...
Aku hanya menanti SAAT itu tiba...
Sesungguhnya SAAT itu pasti akan tiba...
Pabila SAAT itu telah tiba...
Semuanya pasti berakhir...
SAAT itu...
Tiada apa yang akan dikesali lagi...
Kerna semua orang pasti merasai SAAT itu...
Posted by F@R!E88 at 7:05 PM 0 comments
Thursday, September 3, 2009
Apabila Anda...
APABILA semuanya serba tidak kena, & anda tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat, ingatlah... anda masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi.
- Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.
- Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yg mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.
- Apabila hati terluka & kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jgn berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
- Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
- Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dgn keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
- Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yg menjadi satu-satunya panduan hidup.
- Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara & keluhanmu, jgn kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
- Apabila miskin & papa, anda terperangkap dlm kesempitan, ingatlah kpd Dia Yang Maha Kaya.
- Apabila engkau dlm kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kpd Dia Yang Satu.
- Apabila keseorangan & kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kpd Dia... satu-satunya tempat yg boleh digantungkan harapan.
- Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yg sabar.
Posted by F@R!E88 at 1:25 AM 1 comments
Sunday, August 16, 2009
Renung2Kan
Kebaikan yg kita lakukan mempunyai banyak kelebihan antaranya:
- Nur pada wajah
- Nur di dlm hati
- Kekuatan pada badan
- Keluasan rezeki
- Kasih sayang manusia
Posted by F@R!E88 at 6:38 AM 0 comments
Posted by F@R!E88 at 6:32 AM 0 comments
PEDOMAN HIDUP
Posted by F@R!E88 at 6:21 AM 0 comments
CINTA SEGALANYA
Cinta
Pelbagai definisi & makna
Tersalah erti mengundang bahaya
Tanpa mengenalinya, binasa
Cinta pada Ilahi
Bagai embun jernih di pagi hari
Tiada cela, tiada keji
Kasih-Nya abadi
Memberi ketenangan di hati
Cinta pada Rasulullah
Mengikut segala sunnah
Syafaatnya indah
Ikhwan dinanti Habibullah
Gembira tanpa gundah
Cinta pada ayah bonda
Kekal selamanya
Memberi ketenteraman pada anakanda
Menjadi inspirasi, pengubat duka
Cinta sesama saudara
Adakalanya melukai, dilukai
Kerana itu kasihnya seadanya
Namun membawa makna
Dalam menempuh pancaroba dunia
Cintakan insani
Cintanya indah sekali
Bak mawar subur mewangi
Namun awas
Hilangnya menjadi luka di hati
Kerana cintanya
Ada yg gembira, ada yg berduka
Oleh itu
Bajailah setiap cinta dengan
Iman & taqwa
Hiasilah ia dengan pesanan &
Natijah yg berguna
Peliharalah harga diri sebaiknya
Kerana kuasa Allah mengatasi
segalanya
Posted by F@R!E88 at 6:06 AM 0 comments
Quotation
Posted by F@R!E88 at 5:57 AM 0 comments
~Mutiara Kata~
"MULAKAN HARI ANDA DENGAN BERSYUKUR & ANDA AKAN LIHAT SEMUA PERKARA YG MEMBUAT ANDA BERSYUKUR DATANG KPD ANDA SEPANJANG HARI. ~UTHMAN AFFAN~
Pernahkah anda rasa semua benda yg anda lakukan sepanjang hari tidak menjadi? Contohnya, anda terlewat bangun. Semasa hendak mandi, anda terjatuh kerana lantai licin. Semasa hendak memakai baju, butang baju tersangkut & baju anda koyak sedikit. Apabila anda hendak menaiki kenderaan, kenderaan anda rosak. Apabila anda sampai ke tempat anda belajar, anda dimarahi kerana lambat. Apabila anda hendak mengambil buku, buku anda tertinggal..... & bermacam-macam lagi sepanjang hari.
Hmmm.... tentu anda boleh bayangkan apa rasanya.... ini ada satu petua yg sangat hebat untuk anda. Tentu anda pernah dengar "you are what you think about", maksudnya anda adalah apa yg anda fikirkan. Namun ada lagi sambungan kpd ayat ini, "you attract to you what you think about", maksudnya anda tarik ke dlm hidup anda apa-apa sahaja yg anda fikirkan".
Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran & perasaan marah, anda akan jumpa semua perkara yg membuat anda marah sepanjang hari. Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran & perasaan benci, anda pasti akan jumpa semua benda yg membuat anda rasa benci & marah sepanjang hari. Jadi, bagaimana harus anda mulakan hari anda?
Di sinilah asalnya mutiara kata saya ini. Hari ini, senaraikan semua perkara yg membuat anda rasa bersyukur. Anda mungkin rasa bersyukur kerana anda masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ibu bapa menyayangi anda, bersyukur kerana berjaya memasuki universiti, bersyukur kerana ada ramai kawan baik, bersyukur kerana dikurniakan kebijaksanaan dlm berfikir & bersyukur kerana apa sahaja dlm hidup anda. Rasa bersyukur ini menimbulkan satu rasa tenang dlm hati anda. Bukan sahaja rasa tenang, malah anda akan rasa gembira & bersemangat.
Apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, baca senarai ini & rasakan kegembiraan disebabkan rasa bersyukur ini. Senyum & rasa gembira. Insyaallah, anda akan rasa hasil yg sangat menakjubkan sepanjang hari. Selamat mencuba. Selamat bersyukur!
Posted by F@R!E88 at 5:29 AM 0 comments
Santapan Minda
- Jangan anggap anda lebih pandai drpd beliau. Jika anda rasa anda lebih pandai, anda tidak akan pelajari apa-apa. Tambahan pula, jika anda lebih pandai, mengapa anda sedang belajar sesuatu drpd beliau?
- Jangan jatuhkan air muka @ memalukan beliau. Ada kalanya orang yg mengajar tersilap cakap @ terlupa apa yg hendak diperkatakan. Jangan ketawakan @ memandang rendah kpd beliau. Ingat, anda sedang belajar. Apabila beliau merasa malu @ terhina, anda tidak akan diajar dengan hati yg terbuka. Anda yg akan rugi, bukan beliau.
- Walaupun apa yg diterangkan oleh beliau anda sudah tahu, anda tidak perlu menunjuk-nunjuk. Maksudnya, anda tidak perlu sibuk cuba menunjukkan yg anda sudah tahu dengan berkata " ha, saya dah tau yg tu " @ " benda ni saya dah pandai, takyah cerita pun takpe " & sebagainya.
Posted by F@R!E88 at 4:05 AM 0 comments
^Mutiara Kata^
Posted by F@R!E88 at 3:55 AM 0 comments
HIKmah BERziKIR
Zikir yg utama adalah yg diucap dgn hati & lisan secara serentak. Zikir dgn hati adalah lebih baik drpd zikir dgn lisan semata-mata.
Antara hikmah berzikir ialah:
- Akan mendapat keredhaan ALLAH & memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman
- Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati & wajah
- Mendapat kasih sayang & keampunan ALLAH serta dimurahkan rezeki
- Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat & berkuasanya ALLAH
- Segera mendapat pembelaan drpd ALLAH apabila berada dlm kesusahan & kedukaan
- Mendapat penghormatan & doa drpd Malaikat
- Memperolehi sepohon tamar di dlm syurga ( semakin banyak berzikir, semakin banyak pohon tamar yg diperolehi )
- Mendapat nur drpd ALLAH dlm kehidupan di dunia, di alam barzakh & ketika meniti sirat
- Dapat menjadi pendinding & juga perisai drpd api neraka
- Dapat mendekatkan diri kpd ALLAH untuk membuka pintu masuk kebaikan
- Dapat menghalau & mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya
- Dapat menghilangkan perasaan runsing yg bersarang dlm hatinya
- Dapat membersihkan hatinya drpd segala jenis kekotoran & juga penyakit
- Dapat menjauhkan dirinya drpd segala jenis ketakutan & kebimbangan
- Dapat menghapuskan dosa kecil
- Dapat melepaskan diri drpd sifat munafik
Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya sedang menyertai majlis yg dihadiri oleh Malaikat. Dgn berzikir juga seseorang itu akan diingati oleh ALLAH seperti dlm firman-Nya yg bermaksud " Ingatlah kamu kepada-KU, maka aku akan mengingatimu "
Posted by F@R!E88 at 3:24 AM 0 comments
UNTUKMU
Posted by F@R!E88 at 3:04 AM 0 comments
Friday, August 14, 2009
MP3-Codes.com - Free MP3 Downloads, Music Streaming, & Music Embed Codes For Your Friendster, Myspace, Hi5, Facebook Profile!
MP3-Codes.com - Free MP3 Downloads, Music Streaming, & Music Embed Codes For Your Friendster, Myspace, Hi5, Facebook Profile!
Shared via AddThis
Posted by F@R!E88 at 8:19 PM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
DiriKu Ini
Posted by F@R!E88 at 10:35 PM 0 comments