BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 16, 2009

~Mutiara Kata~

"MULAKAN HARI ANDA DENGAN BERSYUKUR & ANDA AKAN LIHAT SEMUA PERKARA YG MEMBUAT ANDA BERSYUKUR DATANG KPD ANDA SEPANJANG HARI. ~UTHMAN AFFAN~

Pernahkah anda rasa semua benda yg anda lakukan sepanjang hari tidak menjadi? Contohnya, anda terlewat bangun. Semasa hendak mandi, anda terjatuh kerana lantai licin. Semasa hendak memakai baju, butang baju tersangkut & baju anda koyak sedikit. Apabila anda hendak menaiki kenderaan, kenderaan anda rosak. Apabila anda sampai ke tempat anda belajar, anda dimarahi kerana lambat. Apabila anda hendak mengambil buku, buku anda tertinggal..... & bermacam-macam lagi sepanjang hari.

Hmmm.... tentu anda boleh bayangkan apa rasanya.... ini ada satu petua yg sangat hebat untuk anda. Tentu anda pernah dengar "you are what you think about", maksudnya anda adalah apa yg anda fikirkan. Namun ada lagi sambungan kpd ayat ini, "you attract to you what you think about", maksudnya anda tarik ke dlm hidup anda apa-apa sahaja yg anda fikirkan".

Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran & perasaan marah, anda akan jumpa semua perkara yg membuat anda marah sepanjang hari. Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran & perasaan benci, anda pasti akan jumpa semua benda yg membuat anda rasa benci & marah sepanjang hari. Jadi, bagaimana harus anda mulakan hari anda?

Di sinilah asalnya mutiara kata saya ini. Hari ini, senaraikan semua perkara yg membuat anda rasa bersyukur. Anda mungkin rasa bersyukur kerana anda masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ibu bapa menyayangi anda, bersyukur kerana berjaya memasuki universiti, bersyukur kerana ada ramai kawan baik, bersyukur kerana dikurniakan kebijaksanaan dlm berfikir & bersyukur kerana apa sahaja dlm hidup anda. Rasa bersyukur ini menimbulkan satu rasa tenang dlm hati anda. Bukan sahaja rasa tenang, malah anda akan rasa gembira & bersemangat.

Apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, baca senarai ini & rasakan kegembiraan disebabkan rasa bersyukur ini. Senyum & rasa gembira. Insyaallah, anda akan rasa hasil yg sangat menakjubkan sepanjang hari. Selamat mencuba. Selamat bersyukur!

0 comments: