BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 16, 2009

CINTA SEGALANYA

Cinta
Pelbagai definisi & makna
Tersalah erti mengundang bahaya
Tanpa mengenalinya, binasa

Cinta pada Ilahi
Bagai embun jernih di pagi hari
Tiada cela, tiada keji
Kasih-Nya abadi
Memberi ketenangan di hati

Cinta pada Rasulullah
Mengikut segala sunnah
Syafaatnya indah
Ikhwan dinanti Habibullah
Gembira tanpa gundah

Cinta pada ayah bonda
Kekal selamanya
Memberi ketenteraman pada anakanda
Menjadi inspirasi, pengubat duka

Cinta sesama saudara
Adakalanya melukai, dilukai
Kerana itu kasihnya seadanya
Namun membawa makna
Dalam menempuh pancaroba dunia

Cintakan insani
Cintanya indah sekali
Bak mawar subur mewangi
Namun awas
Hilangnya menjadi luka di hati
Kerana cintanya
Ada yg gembira, ada yg berduka

Oleh itu
Bajailah setiap cinta dengan
Iman & taqwa
Hiasilah ia dengan pesanan &
Natijah yg berguna
Peliharalah harga diri sebaiknya
Kerana kuasa Allah mengatasi
segalanya


0 comments: