BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 30, 2010

Apakah...?

Adakah aku b'pura2 dgn p'rasaanku sendiri???

Arghh...x perlu aku m'mikirkan benda2 yg x penting...jgn t'goda dgn tipu daya dunia yg fana ini...
Bnyk lagi benda yg aku nak 'settle'kan...
Tu sume nak uji aku je...Astaghfirullahala'zim...

Feelin' somethin'

Nape ek bile aku tgk pic tu...aku rase lain mcm plak??geram??marah??sakit hati??

Rase seram pun ade...mmg seram...tah la...logik ke x kalo aku rase mcm tu??hanya Allah yg tahu...
Ya Allah...hanya kpd-Mu hamba-Mu ini b'serah atas apa jua yg bakal hamba-Mu ini lalui...susah,senang,suka,duka...sumenye ujian bagiku di atas muka bumi ini...

Saturday, August 28, 2010

maher zain -Ya Nabi Salam Alyka

Maher Zain Baraka Allahu Lakuma

Maher Zain - Open Your Eyes - ماهر زين

(العربية) ماهر زين - ان شاء الله

Friday, August 27, 2010

NoW...

Mcm x pcaye je aku dh nk msuk sem 5 kt OUM...

Siapa sangka...wlupun aku lmbt further study tp aku still dpt peluang...
Syukur pada-Mu Allah...
Tanpa rahmat & kasih syg-Mu Allah...aku x kan dpt lalui sume dugaan & cabaran hidup ni...
Aku x kan pernah bputus asa dgn rahmat-Mu...
Kepada-Mu aku berserah diri...
ALHAMDULILLAH...ALLAHUAKBAR...

Cinta Allah

Bila seseorang itu merasa berdosa

lebih2 lagi bila berdosa
jiwanya tersiksa kerana takutnya
inilah orang yg sebenar-benarnya hamba
Moga2 dgn itu
merupakan penghapusan dosanya.

Membuat kesalahan kerana tidak tahu,
adalah 1 kesalahan,
salahnya kerana tidak belajar.
Membuat salah sesudah belajar
yakni buat salah setelah sedar
adalah salah besar.

Kesalahan itu 1 dosa.
Bertambah dosa bila tidak mahu mengaku kesalahan,
akan bertambah besar dosa bila tidak mahu bertaubat dgn dosa.

Banyak orang yg pernah bertemu
tapi tak pernah bercinta,
bahkan ada yg tak pernah bertemu
tapi bercinta.

Mengharapkan selain dari Allah
jika dapat berbangga
jika tidak dapat kecewa
mengharapkan Allah
hati lapang, tenang & kaya.

Cintakan Allah cinta yg tidak luntur & abadi,
selainnya cinta yg luntur & berakhir.

Orang yg mengenal Allah dgn ilmu
seperti seorang yg mendengar gula
tapi belum merasanya,
orang yg mengenal Allah dgn hati
seperti orang yg telah merasai gula.

Mabuk cinta hingga jadi gila,
adalah dibenarkan,
tapi hanya kpd Allah.

Imam Abu Hassan Asy Sazali

Sebab kerisauan hati itu salah 1 dari 3 perkara:


1. Kerana dosa.

2. Kerana kehilangan dunia (harta, pangkat & wanita).

3. Kerana dihina orang.


Tindakan yg perlu dilakukan:

1. Kalau merasa berdosa segera bertaubat.

2. Kalau kerana kehilangan dunia haruslah redha & menyerah kpd hukum Allah.

3. Kalau dihina harus sabar.

Imam Hassan Basri

Barangsiapa yg tidak beradab, tiadalah ilmunya.


Barangsiapa yg tidak sabar, tiadalah agamanya.

Barangsiapa yg tidak warak, tiadalah darjatnya di sisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW...

Rasulullah SAW bersabda: Punca segala kejahatan adalah cinta dunia (tamakkan harta dunia, kejar pangkat & gila wanita.


Rasulullah SAW bersabda: 3 perkara yg membawa kecelakaan;

1. Tersangat bakhil

2. Mengikut hawa nafsu

3. Ujub (kagum dgn diri sendiri)

=NaFsU & SaBaR=

Sesungguhnya nafsu itu menjadikan raja itu hamba. Dan sabar menjadikan hamba itu raja.


Barang siapa yg meninggalkan dosa (kesalahan) akan lembut jiwanya.

Dunia & Akhirat

Kalau kita memberi nasihat

tidak merubah jiwa orang,
samada kita yg bersalah
atau para pendengar yg bersalah.
Di antara sebabnya
kerana hati kita cinta dunia.

Orang yg jahat itu
menggunakan dunia
untuk dunia,
yg paling jahat gunakan Akhirat
untuk dunia.

Punca derita jiwa
kerana cinta dunia
sebabnya waktu berusaha mendapatkannya
hati bimbang, bila nyata tak dapat
hati kecewa
bila dapat takut luput (hilang) pula.

Apabila ilmu Akhirat sudah dijadikan alat
untuk mendapatkan dunia, maka akan
rosaklah dunia dan manusia, ulama hilang
kehebatannya dan tidak dihormati orang lagi.

Kalau kita terpesona dgn nikmat dunia
yg bersifat sementara,
kita akan hilang nikmat Akhirat
yg kekal selama-lamanya.

Sufyan At Tsauri

Tidak terhimpun pada zaman ini bagi orang yg mempunyai harta kecuali ada padanya 5 sifat:


1) Panjang angan2.

2) Sentiasa tamak.

3) Sangat bakhil.

4) Sedikit warak.

5) Lupa Akhirat.

Taufiq + Hidayah

Apabila hidayah sahaja,

tidak bertemu dgn taufiq,
selalu sahaja salah bertindak.

Hidayah mudah didapati,
taufiq susah dicari,
hidayah seperti ilmu,
taufiq ialah beramal dapat ditathbiq dgn ilmu.

Apabila hidayah dan taufiq
diperolehi oleh seseorang,
akan tepatlah semua tindakannya.

++MuTiArA HiKmAt++

Arif Billah Ibrahim bin Khawas:


Sesungguhnya Allah menghidupkan hati dgn 5 perkara:

1. Membaca Al-Quran dgn menghayati maknanya.

2. Sedikit makanan.

3. Merintih di hadapan Allah di waktu akhir malam.

4. Qiamullail (menghidupkan malam).

5. Bergaul dgn orang2 soleh.