BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 3, 2009

Apabila Anda...

APABILA semuanya serba tidak kena, & anda tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat, ingatlah... anda masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi.

  • Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.
  • Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yg mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.
  • Apabila hati terluka & kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jgn berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
  • Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
  • Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dgn keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
  • Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yg menjadi satu-satunya panduan hidup.
  • Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara & keluhanmu, jgn kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
  • Apabila miskin & papa, anda terperangkap dlm kesempitan, ingatlah kpd Dia Yang Maha Kaya.
  • Apabila engkau dlm kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kpd Dia Yang Satu.
  • Apabila keseorangan & kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kpd Dia... satu-satunya tempat yg boleh digantungkan harapan.
  • Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yg sabar.