Kebaikan yg kita lakukan mempunyai banyak kelebihan antaranya:
- Nur pada wajah
- Nur di dlm hati
- Kekuatan pada badan
- Keluasan rezeki
- Kasih sayang manusia
Kebaikan yg kita lakukan mempunyai banyak kelebihan antaranya:
Posted by F@R!E88 at 6:38 AM 0 comments
Posted by F@R!E88 at 6:32 AM 0 comments
Posted by F@R!E88 at 6:21 AM 0 comments
Cinta
Pelbagai definisi & makna
Tersalah erti mengundang bahaya
Tanpa mengenalinya, binasa
Cinta pada Ilahi
Bagai embun jernih di pagi hari
Tiada cela, tiada keji
Kasih-Nya abadi
Memberi ketenangan di hati
Cinta pada Rasulullah
Mengikut segala sunnah
Syafaatnya indah
Ikhwan dinanti Habibullah
Gembira tanpa gundah
Cinta pada ayah bonda
Kekal selamanya
Memberi ketenteraman pada anakanda
Menjadi inspirasi, pengubat duka
Cinta sesama saudara
Adakalanya melukai, dilukai
Kerana itu kasihnya seadanya
Namun membawa makna
Dalam menempuh pancaroba dunia
Cintakan insani
Cintanya indah sekali
Bak mawar subur mewangi
Namun awas
Hilangnya menjadi luka di hati
Kerana cintanya
Ada yg gembira, ada yg berduka
Oleh itu
Bajailah setiap cinta dengan
Iman & taqwa
Hiasilah ia dengan pesanan &
Natijah yg berguna
Peliharalah harga diri sebaiknya
Kerana kuasa Allah mengatasi
segalanya
Posted by F@R!E88 at 6:06 AM 0 comments
Posted by F@R!E88 at 5:57 AM 0 comments
"MULAKAN HARI ANDA DENGAN BERSYUKUR & ANDA AKAN LIHAT SEMUA PERKARA YG MEMBUAT ANDA BERSYUKUR DATANG KPD ANDA SEPANJANG HARI. ~UTHMAN AFFAN~
Pernahkah anda rasa semua benda yg anda lakukan sepanjang hari tidak menjadi? Contohnya, anda terlewat bangun. Semasa hendak mandi, anda terjatuh kerana lantai licin. Semasa hendak memakai baju, butang baju tersangkut & baju anda koyak sedikit. Apabila anda hendak menaiki kenderaan, kenderaan anda rosak. Apabila anda sampai ke tempat anda belajar, anda dimarahi kerana lambat. Apabila anda hendak mengambil buku, buku anda tertinggal..... & bermacam-macam lagi sepanjang hari.
Hmmm.... tentu anda boleh bayangkan apa rasanya.... ini ada satu petua yg sangat hebat untuk anda. Tentu anda pernah dengar "you are what you think about", maksudnya anda adalah apa yg anda fikirkan. Namun ada lagi sambungan kpd ayat ini, "you attract to you what you think about", maksudnya anda tarik ke dlm hidup anda apa-apa sahaja yg anda fikirkan".
Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran & perasaan marah, anda akan jumpa semua perkara yg membuat anda marah sepanjang hari. Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran & perasaan benci, anda pasti akan jumpa semua benda yg membuat anda rasa benci & marah sepanjang hari. Jadi, bagaimana harus anda mulakan hari anda?
Di sinilah asalnya mutiara kata saya ini. Hari ini, senaraikan semua perkara yg membuat anda rasa bersyukur. Anda mungkin rasa bersyukur kerana anda masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ibu bapa menyayangi anda, bersyukur kerana berjaya memasuki universiti, bersyukur kerana ada ramai kawan baik, bersyukur kerana dikurniakan kebijaksanaan dlm berfikir & bersyukur kerana apa sahaja dlm hidup anda. Rasa bersyukur ini menimbulkan satu rasa tenang dlm hati anda. Bukan sahaja rasa tenang, malah anda akan rasa gembira & bersemangat.
Apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, baca senarai ini & rasakan kegembiraan disebabkan rasa bersyukur ini. Senyum & rasa gembira. Insyaallah, anda akan rasa hasil yg sangat menakjubkan sepanjang hari. Selamat mencuba. Selamat bersyukur!
Posted by F@R!E88 at 5:29 AM 0 comments
Posted by F@R!E88 at 4:05 AM 0 comments
Posted by F@R!E88 at 3:55 AM 0 comments
Zikir yg utama adalah yg diucap dgn hati & lisan secara serentak. Zikir dgn hati adalah lebih baik drpd zikir dgn lisan semata-mata.
Antara hikmah berzikir ialah:
Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya sedang menyertai majlis yg dihadiri oleh Malaikat. Dgn berzikir juga seseorang itu akan diingati oleh ALLAH seperti dlm firman-Nya yg bermaksud " Ingatlah kamu kepada-KU, maka aku akan mengingatimu "
Posted by F@R!E88 at 3:24 AM 0 comments
Posted by F@R!E88 at 3:04 AM 0 comments
MP3-Codes.com - Free MP3 Downloads, Music Streaming, & Music Embed Codes For Your Friendster, Myspace, Hi5, Facebook Profile!
Shared via AddThis
Posted by F@R!E88 at 8:19 PM 0 comments
Posted by F@R!E88 at 10:35 PM 0 comments