BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 27, 2010

Dunia & Akhirat

Kalau kita memberi nasihat

tidak merubah jiwa orang,
samada kita yg bersalah
atau para pendengar yg bersalah.
Di antara sebabnya
kerana hati kita cinta dunia.

Orang yg jahat itu
menggunakan dunia
untuk dunia,
yg paling jahat gunakan Akhirat
untuk dunia.

Punca derita jiwa
kerana cinta dunia
sebabnya waktu berusaha mendapatkannya
hati bimbang, bila nyata tak dapat
hati kecewa
bila dapat takut luput (hilang) pula.

Apabila ilmu Akhirat sudah dijadikan alat
untuk mendapatkan dunia, maka akan
rosaklah dunia dan manusia, ulama hilang
kehebatannya dan tidak dihormati orang lagi.

Kalau kita terpesona dgn nikmat dunia
yg bersifat sementara,
kita akan hilang nikmat Akhirat
yg kekal selama-lamanya.

0 comments: