BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 23, 2009

Ayat2 Hikmah^^

  • Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
  • Didiklah anak di jalan yg dilaluinya, & berjalanlah sekali di sana bersamanya. Dan, apa yg dapat diajarkan oleh ibu bapa kpd anak2nya adalah bagaimana untuk tetap melangkah sekalipun mereka telah tiada.
  • Jika ingin membahagiakan ibu anda, berbicaralah dengannya. Jika ingin membahagiakan ayah anda, dengarkanlah dia.
  • Walaupun perasaan cinta & kasih sayang merupakan fitrah drpd ALLAH, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak akan diperoleh sbg satu anugerah tanpa diiringi usaha & susah payah.
  • Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu-sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dlm perjuangan, menempuh onak & duri penghidupan.

0 comments: